KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club, Mohd Sabri Abas, menegaskan pasukan itu masih menagih khidmat penyerang berbisa, Ivan Mamut, untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pihak pengurusan TFC sedang mempersiapkan segala hal berkaitan kontrak dan dijangka dimuktamadkan sejurus berakhir kempen Liga Super 2023.
Sabri mengakui pihaknya sedar penyerang kelahiran Croatia itu sedang dalam pemerhatian beberapa kelab — baik dari dalam dan luar negara, namun percaya Mamut sedia kekal di Gong Badak, lapor Stadium Astro.