ISU pendaftaran pemain baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menyaksikan kelab itu dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), akhirnya terjawab apabila pihak pengurusan Sang Kenari tampil memperjelaskan kemelut yang berlaku.
Sebelum ini, kancah bola sepak tempatan kecoh apabila MFL mengesahkan skuad Sang Kenari tidak boleh mendaftar pemain baharu sehingga sekatan perpindahan pemain ditarik balik oleh FIFA.
Namun segalanya terjawab apabila KDA FC dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Isnin mengambil maklum atas notis sekatan perpindahan pemain yang dikenakan FIFA ke atas kelab tersebut pada 4 Mac 2024.