Dengar Suria

Sukan

Isu naik bas ke Selayang dijawab KDA FC, kongsi ‘Energizer’ akan tiba lepas selesaikan perkara lain

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan memulakan musim Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 bagi kejohanan Liga Super dengan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Sabtu ini.

Permulaan Kedah pada musim ini bagaimanapun tidak lengkap seperti tahun sebelumnya apabila skuad Hijau Kuning berkenaan akan memakai jersi pramusim buat sementara waktu disebabkan belum mempunyai sebarang penaja utama.

Selain isu jersi, perjalanan Kedah ke Lembah Klang yang menggunakan bas ekspres juga dianggap berlaku kerana masalah kewangan yang masih belum diselesaikan oleh pasukan Utara tanah air tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%