AKSI Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Buriram United pada Selasa berlangsung panas dengan pengadil melayangkan tiga kad merah.
Tiga kad merah itu dilayangkan kepada dua pemain JDT dan satu bintang Buriram dengan perlawanan berkesudahan 0-0.
JDT menerima kad merah seawal minit ke-12 selepas Murillo Henrique menafikan peluang menjaringkan gol ketika Buriram melakukan serangan ke pintu gol mereka.