IKON tinju Ricky Hatton mendedahkan bagaimana dia ketagihan minuman keras yang turut mengandungi kokain.
‘The Hitman’ yang berusia 44 tahun itu juga mengakui, dia beralih kepada minuman keras dan dadah adalah untuk menghilangkan kesakitan persaraannya daripada tinju selepas kerjaya gelanggangnya berakhir dengan perit pada Mei 2009 berikutan kalah mati dalam pusingan kedua oleh Manny Pacquiao di Las Vegas.
Ricky ketika temubual eksklusif bersama Daily Star.
Ekoran daripada itu, berat badannya meningkat di samping ketagihan terus ketika dia berjuang untuk mencipta semula kehebatan dalam pertarungan tinjunya.