PEMAIN pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli mungkin mengikuti jejak langkah Muhammad Akhyar Rashid meninggalkan Harimau Selatan selepas dilaporkan menyertai Perak FC.
Menerusi ciapan pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam dalam X miliknya, melaporkan Haziq dibenarkan beraksi menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Isnin (24 Februari).
“Haziq Nadzli sertai kunjungan Perak ke Johor, difahamkan penjaga gol kebangsaan ini boleh beraksi bertemu JDT.