PEMAIN Sri Pahang FC, Kpah Sherman kagum dengan sumbangan besar dilakukan oleh dua rakan sepasukannya dalam usaha mereka menghasilkan keputusan seri bertemu Sabah FC dalam aksi Piala Malaysia.
Jaringan daripada Sherman membantu Sri Pahang untuk terus ‘hidup’ dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia. Namun begitu, dia tidak mahu pujian ditujukan kepadanya semata-mata.
Sebaliknya, Sherman mahu kredit diberikan kepada dua pemain muda iaitu Saiful Jamaluddin, 22, dan Ibrahim Manusi, 23.