PASUKAN beraksi dalam saingan Liga M3 diingatkan supaya tidak mengambil mudah kepentingan mendapatkan lesen kelab kebangsaan yang diwajibkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika mereka berhasrat untuk bersaing dalam kancah Liga Super.
Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia bagi mengelakkan situasi sama dihadapi Imigresen FC (IFC) yang layak secara merit bermain di liga lebih kompetitif itu selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.
IFC dinobatkan juara Liga M3 yang kini dikenali Liga Kejuaraan MBSB Bank selepas mengakhiri kempen pada kedudukan teratas dengan mengumpul 55 mata manakala pencabar terdekat KL Rovers 54 mata.