MANCHESTER United akan meneruskan kempen Liga Europa mereka pada Jumaat apabila berdepan kelab La Liga, Real Sociedad dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1:45 pagi waktu tempatan di Reale Arena, Gipuzkoa, Sepanyol.
Skuad kendalian Ruben Amorim kini berdepan tekanan untuk mencapai kejayaan dalam kejohanan Liga Europa, setelah prestasi mereka dalam pertandingan domestik tidak memberangsangkan.
United telah tersingkir daripada kedua-dua kejohanan piala domestik dan kini berada di kedudukan bawah dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu di kedudukan ke-14 liga.