BUAT julung-julung kalinya, jenama syampu anti kelemumur nombor satu dunia, Head & Shoulders (H&S) menjalin kolaborasi bersama permainan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) sekali gus mempromosikan e-gaming dan pelancaran produk terbaharu syampu berkenaan.
Sempena kolaborasi ini, dua varian syampu Head & Shoulders anti-kelemumur iaitu Cool Menthol dan Apple Fresh diperkenalkan dengan penampilan khas hero istimewa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Tigreal dan Eudora.
Untuk makluman, MPL MY merupakan liga utama negara untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), permainan arena pertempuran secara dalam talian dengan menyatukan pemain-pemain Mobile Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) terkemuka.