JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam misi memburu kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan menewaskan kelab Australia, Central Coast Mariners (CCM) di halaman lawan pada Selasa.
Harimau Selatan hadir ke Australia dengan misi penting untuk membawa pulang tiga mata bagi memperkukuhkan tempat dalam kelompok lapan terbaik berbekalkan momentum sembilan kemenangan berturut-turut.
Persiapan menentang kelab Australia itu juga sudah dibuat rapi apabila JDT bertindak untuk membawa masuk tiga wajah baharu iaitu bek tengah, Alvaro Gonzalez, penyerang sayap kiri, Jonathan Viera dan Roque Mesa beraksi di posisi tengah.