KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC berjaya mendapatkan seorang lagi pemain baharu iaitu Hasbullah Abu Bakar.
Hasbullah yang beraksi sebagai pemain tengah merupakan rekrut dari Negeri Sembilan FC. Pemain berusia 29 tahun tersebut sebelum ini hanya menghabiskan kariernya beraksi di ketiga-tiga kelab bahagian selatan Semenanjung Malaysia iaitu Melaka United FC dan Johor Darul Ta’zim FC.
Memandangkan Kedah merupakan kelab pertamanya di bahagian Utara, tidak terkejut jika Hasbullah begitu teruja menyertai pasukan seperti Sang Kenari.