LEGENDA Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mencipta sejarah apabila berjaya menjadi naib presiden bagi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk penggal 2025/2029.
Dalam sebuah mesyuarat agung tergempar dilakukan pada Isnin, Hariss yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Singapura diangkat menjadi naib presiden dalam barisan pucuk pimpinan diketuai Forrest Li.
Ia menjadikan Hariss berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Datuk Dollah Salleh yang menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).