PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kerana membantu memantapkan skuad kebangsaan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal 25 Mac nanti.
Menurut Joehari, beliau juga mengharapkan skuad kebangsaan berjaya merekodkan kemenangan yang besar menentang Nepal dan memohon sokongan daripada penyokong-penyokong Harimau Malaya.