BERITA baik buat Harimau Malaya yang bakal beraksi menentang Jordan pada perlawanan pertama Piala Asia 2023. Salah seorang bintang mereka boleh turun bermain!
Sebelum ini, Harimau Malaya sepertinya mengalami kesukaran untuk turun bertemu Jordan apabila terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan.
Salah satunya adalah pemain pertahanan kiri, iaitu La’Vere Corbin-Ong. Pemain tersebut sebelum ini dilaporkan tidak dapat pulih sebelum perlawanan bertemu Jordan dan itu memaksa Kim Pan-gon menggunakan pemain lain seperti Daniel Ting atau Khuzaimi Piee.