Dengar Suria

Sukan

Harimau Kumbang tenang-tenang, duo peledak Sri Pahang mungkin tak turun aksi akhir Liga Super

SRI Pahang FC pastinya memerlukan kemenangan ke atas Penang FC dalam aksi terakhir Liga Super musim 2024/2025 mereka musim ini di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh, Pahang pada Sabtu. 

Hal ini kerana, kejayaan memperoleh tiga mata di gelanggang sendiri itu boleh menjadi tonik tambahan sebagai persediaan mental menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April. 

Bagaimanapun, perlawanan terakhir itu sedikit suram tanpa kehadiran dua tonggak utama mereka iaitu Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo. Perkara itu dilaporkan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam pada laman X.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%