KUALA Lumpur City FC membuka aksi pertama Kumpulan A saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan tipis 1-0 kepada kelab Filipina, Kaya Iloilo FC pada Khamis.
Dalam perlawanan yang berlangsung di hadapan penyokong Warga Kota itu, anak-anak buah Miroslav Kuljanac memanfaatkan pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2022 untuk membantu pasukan itu mendepani cabaran Shopee Cup.
Pada babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan saling membuat serangan bertali arus untuk mendapatkan kelebihan gol.