KEDAH Darul Aman (KDA FC) dan Mahsuri Medical Centre (MMC) bersetuju untuk menyerahkan perbincangan berhubung terma-terma perjanjian dan syarat persetujuan kepada pihak peguam masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada KDA FC melalui surat mereka pada 7 November lalu.
“Diharapkan proses perbincangan antara peguam kedua-dua belah pihak dipermudahkan bagi mencapai kata sepakat dan persetujuan.