PERSEKUTUAN Sepak takraw Antarabangsa (ISTAF) menerima cadangan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) supaya setiap regu hanya memperoleh satu servis berbanding sekarang tiga kali.
Setiausaha Agung ISTAF, Abdul Halim Kader berkata, cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Disember lepas.
“Perubahan servis ini dilhat akan memeriahkan lagi persembahan setiap permainan dan sekali gus memberi semangat persaingan yang hebat dalam kalangan pemain dan pasti akan mengubah corak dan persembahan bagi setiap regu dalam pertandingan,” katanya dalam kenyataan ISTAF pada Isnin.