SUDAH menjadi kelaziman buat setiap pasukan liga tempatan untuk mencari barisan pemain baharu bagi meneruskan cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang bakal bermula tidak lama lagi.
Meskipun musim ini baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu, media sosial kini hangat dengan desas desus perpindahan pemain yang bakal berhijrah ke pasukan lain yang nyata cukup menarik untuk dinantikan peminat bola sepak tanah air.
Paling hangat dalam kalangan perbualan penyokong ketika ini adalah berhubung hala tuju penyerang import Sabah FC, Ramon Machado yang dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan lain pada saingan musim depan.