SRI Pahang FC akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super 2024 yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang pada 8 April lalu.
Kejayaan itu hadir pada waktu yang tepat, lebih-lebih lagi selepas beberapa keputusan liga mengecewakan sebelum ini.
Kemenangan besar ke atas Sang Kenari itu menyaksikan skuad Tok Gajah sepertinya sudah bersedia untuk beraksi di final Piala Malaysia 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April nanti.