PERUNTUKAN dana dan insentif merupakan satu kebiasaan dalam dunia sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa kerana ia dapat memberi suntikan motivasi kepada atlet.
Meskipun jumlahnya tidaklah terlalu besar, penyediaan bonus itu akan mendatangkan kelegaan buat mereka yang tahu pengorbanan dan titik peluh dicurahkan dalam setiap sesi latihan menerima balasan setimpal.
Namun, terdapat juga kegusaran bahawa pendedahan amaun dijanjikan hanya akan mengganggu fokus atlet untuk meraih habuan berbanding merekodkan pencapaian dalam acara disertai.