NAMA bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold menjadi topik perbualan penyokong Liverpool apabila pemain antarabangsa England itu memberi persembahan kurang memuaskan ketika aksi seri 2-2 menentang Manchester United pada Isnin.
Alexander-Arnold menerima kritikan daripada pemerhati sukan dan penyokong susulan ada yang melihat pemain itu terlalu memikirkan khabar angin ke Real Madrid sehingga menjejaskan mutu permainannya.
Kontrak pemain berusia 26 tahun berkenaan akan tamat pada akhir musim dan dia khabarkan sedang diburu oleh Real Madrid. Walaupun sudah mula ‘dilamar’ namum kelab gergasi Sepanyol itu masih belum menawarkan kontrak kepadanya.