BOLA hasil rembatan kencang yang dibuat Cristiano Ronaldo terkena seorang jurukamera mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan di dahi.
Insiden berlaku ketika Ronaldo membuat sepakan percuma semasa perlawanan Saudi Pro League dalam perlawanan antara Al-Nassr dan Al-Raed pada Sabtu.
Sejurus melepaskan satu rembatan deras, bola hasil tendangan tidak memasuki ke dalam gol sebaliknya terkena dahi seorang jurukamera lelaki yang berada di belakang gawang gol Al-Raed.