SEPANJANG terlibat dalam dunia bola sepak, Tunku Ismail Idris sering berpeluang bertemu bintang sukan itu setiap kali mengambil masa ke luar negara.
Antara nama-nama besar yang pernah ditemuinya ialah dua penyerang legenda global, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang pasti menjadi impian peminat lain.
Selain itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut pernah berjumpa dengan bekas bek tengah Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique di Stadium Sultan Ibrahim, Johor beberapa tahun lalu.