TRENT Alexander-Arnold meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh gaya di bilik persalinan Anfield, namun masa depannya bersama kelab itu terus menjadi persoalan selepas spekulasi kuat mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid.
Skuad The Reds mengesahkan kejuaraan liga musim ini dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Tottenham Hotspur pada Ahad di Anfield, Liverpool, England menyamai rekod 20 kejuaraan Manchester United.
Alexander-Arnold yang beraksi di posisi bek kanan memainkan peranan penting dalam kemenangan bersejarah itu.