DI atas kertas, kemenangan dilihat lebih menyebelahi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April depan.
Skuad Harimau Selatan mencatatkan rekod yang cukup cemerlang dengan tidak pernah tewas dalam perlawanan Liga Malaysia musim ini.
Dengan rekod yang cukup sempurna dan kukuh itu, tugas berat pastinya menanti skuad Tok Gajah untuk meraih keputusan positif dalam aksi final tersebut.