‘DERBY Pantai Timur’ merupakan satu pertembungan yang amat dinanti-nantikan satu ketika dahulu kerana mana-mana pasukan dari Terengganu dan Kelantan sering mewarnai arena bola sepak tanah air.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keunggulan lebih berpihak kepada skuad Sang Penyu yang berada di tahap cemerlang sekiranya hendak dibandingkan pasukan dari negeri jirannya itu.
Ini termasuk Kelantan FC dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang masing-masing berdepan isu di luar padang sehingga menyebabkan pasukan itu tidak dapat menampilkan persembahan konsisten.