HEBOH di media sosial ketika ini mengatakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor akan meninggalkan kelab itu selepas tujuh tahun memanaskan bangku simpanan.
Kesukaran untuk mendapatkan tempat akibat lambakan bintang menyaksikannya hanya beberapa kali diturunkan dengan situasi tersebut menjadi semakin menggusarkan musim lalu.
Secara keseluruhan, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu hanya diturunkan sebanyak 10 kali dalam kesemua pertandingan buat skuad senior dengan hanya tiga daripadanya merupakan penampilan dalam kesebelasan utama.