MUSIM 2023 boleh disimpulkan sebagai debut cemerlang buat penyerang import Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut selepas dia menyumbang rekod gol memberangsangkan iaitu sebanyak 21 jaringan buat skuad Sang Penyu.
Dengan dedikasinya mengepalai barisan hadapan Terengganu pada musim lepas itu, pihak pengurusan Sang Penyu terus memberinya kepercayaan dengan meneruskan kontrak Mamut sehingga Disember 2025.
Langit tidak selalu cerah buat Mamut apabila masalah kecederaan yang menimpanya pada sesi pramusim menyebabkan penyerang tinggi lampai itu masih bergelut untuk kembali beraksi di saingan domestik pada musim ini.