PENYOKONG Selangor FC berharap pihak pengurusan dapat mengekalkan pemain import Croatia, Nikola Jambor meskipun baru menyertai Gergasi Merah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada September tahun lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu, mempamerkan aksi yang sangat baik ketika diberikan kepercayaan untuk mengawal bahagian tengah Selangor.
Jambor yang mempunyai pengalaman luas di Eropah dilihat tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia meskipun baru pertama kali beraksi di rantau Asia Tenggara.