PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa mengumumkan bahawa dua pemain yang dipanggil ke kem latihan Harimau Malaya, Damien Lim dan Hong Wan terpaksa digugurkan akibat isu kecederaan.
Kehilangan Damien Lim akan digantikan dengan penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City FC, Azri Ab Ghani sementara pencari buat Hong Wan masih sedang dicari.
“Azri akan menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.