PERLAWANAN pembukaan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 November ini akan tetap berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, mereka bagaimanapun mempunyai alternatif lain, sekiranya Kyrgyzstan menolak untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Setakat hari ini, perlawanan Malaysia dan Kyrgyzstan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya selepas sidang media pelancaran program Road To Doha bersempena Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jumaat.