SEBAIK saja Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya, timbul persoalan mengenai siapakah penggantinya?
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bermula dengan fresh dan mendapatkan pengendali dari Asia, Eropah atau Amerika Selatan.
Siapakah agaknya yang sesuai untuk dirisik oleh FAM jika melihat kepada tiga benua tersebut? Analisis ringkas Majoriti merungkai tiga watak bersesuai dengan ciri-ciri tersebut.