PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan kebimbangan serius terhadap insiden serangan yang menimpa beberapa pemain kebangsaan sejak kebelakangan ini termasuk dakwaan ada sasaran pemain seterusnya.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya juga bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan pemain tempatan termasuk Arif Aiman Hanapi yang kononnya dikatakan bakal menjadi ‘next target’.
“Sudah tentu pihak kami khuatir (andai ada lagi pemain jadi sasaran). Apa sahaja perkara yang tidak baik yang menjejaskan bola sepak negara, sudah tentu pihak kami bimbang,” katanya kepada Majoriti.