KEMUNCULAN sayap Selangor FC, Faisal Halim dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam menggegarkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey menerima tepukan gemuruh dan sorakan penonton.
Sungguhpun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama, kemunculan pertama Faisal di padang selepas menjadi mangsa insiden simbahan asid mengundang sebak ramai.