CABARAN cukup besar dihadapi Sri Pahang FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/25 memandangkan standard mereka berada jauh di belakang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedudukan semasa dalam Liga Super sudah cukup untuk menceritakan situasi semasa kedua-dua pasukan dengan 39 mata membezakan kedua-dua pasukan memasuki penghujung kempen.
Malah, moral pasukan juga berpihak kepada skuad Harimau Selatan dengan khabar angin ketika ini mengatakan masalah tunggakan gaji serius sudah melanda kem Tok Gajah.