INDIVIDU yang dianggap sebagai super agent dalam bola sepak, Jorge Mendes memasang angan-angan untuk mengadakan projek di Asia Tenggara.
Dia yang merupakan ejen kepada Cristiano Ronaldo itu bertemu dengan pemilik Valencia, Peter Lim yang merupakan rakyat Singapura di negara tersebut.
Memetik laporan The Straits Times, Mendes dilihat berminat mengadakan projek tersebut bersama-sama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.