BERITA duka buat dua pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila mereka menjadi ‘mangsa’ kepada peraturan untuk kelayakan Piala Asia B-23 yang akan diadakan di Thailand.
Kedua-dua pemain itu ialah Azrin Afiq dan Hariz Mansor yang terpaksa disisihkan oleh E. Elavarasan selepas pengendali itu hanya boleh membawa 23 pemain sahaja ke Thailand.
Dengan dua nama ini tidak dibawa ke Thailand, maka tinggal Aiman Afif Afizul sahaja wakil dari KDA FC yang berjaya kekal hingga ke dalam skuad akhir.