JIKA Sabah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Zon Asean dengan muncul sebagai juara kumpulan, ia akan menjadi hadiah hari jadi terindah untuk jurulatih The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee.
Sabah menentang PSM Makassar dalam perlawanan terakhir Kumpulan H Piala AFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Khamis dan Kim Swee, yang baru berusia 53 tahun pada Isnin lalu mahu anak buahnya meneruskan momentum kemenangan mereka.
The Rhinos adalah antara yang pertama daripada tiga kumpulan Asean yang dijamin layak ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir Zon Asean apabila berhasil mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan.