SELANGOR FC bukan tandingan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pasukan dengan jolokan Gergasi Meranh berkenaan tidak berhasil melunaskan dendam kekalahan Piala FA pada Ogos lepas.
JDT yang berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor membuktikan keunggulan mereka di pentas domestik selepas mudah menundukkan pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-0 pada Ahad.
Dua gol dari penyerang utama, Bergson da Silva dan satu daripada Romel Morales menyaksikan tiga mata penuh dipungut skuad Harimau Selatan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di persada carta.