JURULATIH Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) sempena Kongres Tahunan PJBM bagi penggal 2022-2026 pada Sabtu.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan tersebut bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser pada 18 Julai lepas.
Ia sekali gus menyaksikan kekosongan jawatan Kim Swee selaku Timbalan Presiden PJBM diisi bekas jurulatih Melaka United FC, Mohd Asri Ninggal dan bekas jurulatih Pahang FC, Mohd Razip Ismail.