Dengar Suria

Sukan

Dilabel tenang dan bekerja keras, bek muda Perak mula dirisik NSFC-Kedah

MESKIPUN mengalami masalah kewangan serius di luar padang, musim Perak FC ketika ini masih boleh dipuji kerana kelab tersebut tidak putus memberi peluang buat pemain muda.

Pendekatan diambil pengendali pasukan, Yusri Che Lah tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana sejak dilantik pada pertengahan kempen 2023, dia kerap meletakkan ‘ubi muda’ dalam kesebelasan utama.

Kepercayaan diberikan itu jelas membuahkan hasil memandangkan musim ini, skuad The Bos Gaurus (TBG) menamatkan kempen di tangga ketujuh hasil 30 mata yang dikutip daripada lapan kemenangan dan enam keputusan seri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%