TIADA angin tiada ribut, namun nama Nafuzi Zain disebut-sebut akan kembali ke Terengganu FC (TFC) pada musim dan sekali gus bakal meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas hanya menabur bakti selama satu musim bersama skuad Hijau Kuning.
Khabar angin yang membuatkan penyokong KDA FC tidak senang duduk itu timbul apabila wartawan tanah air, T Avineshwaran, memuat naik ciapan yang memaklumkan bahawa barisan pengurusan Terengganu dalam usaha merisik Nafuzi untuk kembali ke kelab Pantai Timur berkenaan.
“Difahamkan Terengganu sedang dalam usaha untuk mendapatkan semula khidmat Nafuzi. Tetapi, dia difahamkan mahu kekal bersama KDA FC dan meneruskan usaha yang sedang dilakukannya,” tulisnya.