Dengar Suria

Sukan

Dibezakan 0.03 meter, Wong Kar Gee terlepas gangsa lompat jauh Paralimpik

ATLET paralimpik olahraga kebangsaan, Wong Kar Gee terpaksa akur apabila terlepas pingat gangsa dalam acara lompat jauh kategori lelaki T12 (kecacatan penglihatan) pada Sukan Paralimpik 2024 pada Isnin.

Memetik laporan Buletin TV3, Kar Gee terlepas pingat gangsa selepas dipintas oleh atlet Argentina, Fernando Vazquez dengan perbezaan sekadar 0.03 meter antara mereka.

Lebih menyakitkan, Vazquez memintas Kar Gee pada lompatan terakhir dengan mencatatkan bacaan 6.88 meter manakala Kar Gee memperoleh 6.85 meter.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%