“DARI jumlah 19 orang (pemain) sahaja yang benar-benar dipilih memenuhi kehendak ‘coach’ (jurulatih).”
Itulah perkongsian dari pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai keadaan semasa yang sedang berlaku di dalam kem The Red Warriors (TRW) bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro yang akan berlangsung pada bulan depan.
Menurut Norizam, Kelantan sudah melakukan ujian pemilihan pemain yang dipantau rapi oleh ketua jurulatih, Manja Man dengan sebanyak 142 bakat baharu hadir di Kota Bharu, Kelantan dengan harapan untuk bersama TRW pada minggu lepas.