Dengar Suria

Sukan

Dibelenggu kecederan lama, lompatan terakhir bantu Latif Romly raih perak Paralimpik Paris

HASRAT jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly, untuk melengkapkan hatrik emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) tidak tercapai selepas beliau berada di kedudukan dua terbaik sekali gus membawa pulang pingat perak di Sukan Paralimpik Paris 2024 pada awal pagi Ahad.

Latif Romly pada awalnya dilihat hampir mempertahankan emas yang dimenanginya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 dengan catatan terbaik 7.45 meter (m) pada percubaan ketiga.

Namun, lompatan akhir, Matvei Iakushev yang bertanding atas tiket Atlet Paralimpik Neutral dengan catatan 7.51m mengecewakan Latif Romly, 27, yang gagal mengekalkan rentak apabila baki tiga percubaan akhirnya dibatalkan dalam aksi di Stade de France.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%