SELEPAS berteka-teki, akhirnya kelab Liga Super, Penang FC berjaya mendapatkan penyerang baharu iaitu Rodrigo Dias.
Penyerang kelahiran Brazil itu menyertai Harimau Kumbang bagi menggantikan Abdul Abdeen Temitope yang meninggalkan kelab itu musim lalu.
Dias mencuri tumpuan pengendali Penang FC, Akmal Rizal Rakhli, yang menyaksikan persembahannya ketika bermain untuk kelab Khaitan dalam Liga Perdana Kuwait musim lalu.