NEYMAR menganggap Cristiano Ronaldo sebagai pencetus trend yang menyaksikan ramai pemain bola sepak mula membuka mata untuk menyertai kelab-kelab di Arab Saudi.
Terbaharu, Neymar, 31, yang juga bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) turut menyertai kelab Al-Hilal dengan kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.
Menurut Neymar, Ronaldo dikecam teruk ketika awal perpindahannya ke Saudi sehingga digelar ‘gila’ oleh segelintir pihak.