PENYERANG skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin ingin memastikan Harimau Muda menamatkan saingan Piala Asia B-23 dengan nota positif.
Tewas dua perlawanan pertama berdepan Uzbekistan dan Vietnam tanpa menjaringkan sebarang gol, perjuangan skuad Juan Torres Garrido secara matematiknya telah berakhir.
Dengan dua kekalahan tersebut, ia menutup ruang dengan serapat-rapatnya untuk Malaysia ke pusingan Sukan Olimpik 2024 dengan cara mara ke separuh akhir kejohanan.